Monday, July 30, 2012

Maafkanlah Aku

Assalamualaikum.

Kita pernah melakukan kesilapan. Kita pernah sakitkan hati seseorang. Kita pernah mengkhianati amanah dan kasih sayang seseorang. Kenapa kita melakukan semua itu? Kerana kita tidak berupaya menahan nafsu kita sendiri. Siapalah diri ini hanya Tuhan yang lebih memahami. Sesungguhnya sebaik-baik manusia itu bukanlah yang tidak pernah melakukan dosa, tetapi yang segera bertaubat sebaik sahaja insaf setelah melakukan dosa. Kita kuat kerana kita ada iman dan hidayah Allah sentiasa berada dengan kita. Kita layak untuk diberi peluang kedua, ketiga malah seberapa banyak peluang yang kita perlukan untuk membuktikan bahawa kita benar-benar nekad mahu berubah. 

Kita tidak berhak menghukum orang lain, malahan diri kita sendiri. Jika kita melakukan dosa dengan-Nya, maka sesungguhnya taubat nasuha itulah yang perlu untuk kita memohon kemaafan daripada-Nya. Jika kita melakukan dosa sesama manusia, mohonlah keampunan daripada mereka. Setelah itu terserah kepada mereka sama ada hendak memaafkan kita atau tidak. Kerana kemaafan itu adalah dendam yang terindah.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku.
Oh Abah dan Umi, maafkanlah anakmu ini kerana pernah melukakan hatimu.
Wahai Sahabatku, maafkanlah temanmu ini kerana pernah mengguris hatimu.

Salam sayang daripada Wanie. 

No comments:

Post a Comment