Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya, usaha kami berbaloi.

Assalamualaikum.

Kata orang berita baik dan gembira wajib dikongsikan bersama. Bukan untuk membangga diri tetapi untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Atas nasihat dan dorongan pensyarah saya-Dr Zurina, saya dan 4 orang sahabat-Hani, KayKay, Murni dan Yana telah menghantar projek animasi 3D kami untuk memasuki pertandingan APICTA 2012 yang dianjurkan oleh MSC Malaysia. Sekadar cuba-cuba dan kami tidak mahu manghampakan harapan pensyarah kami. Tetapi mestilah kami mempunyai harapan untuk memenangi pertandingan ini. Semalam saya mendapat panggilan daripada Hani dan Alhamdulliah, projek animasi 3D kami telah layak dan memasuki pusingan kedua. Sekali lagi Alhamdulillah kerana usaha kami berbaloi.  


Video pertama ialah video animasi 3D yang kami siapkan untuk subjek Aplikasi Pemodelan Animasi 3D.


Video kedua ialah video yang sama tetapi telah kami perbaiki kualiti audio dan kami pertandingkan dalam pertandingan APICTA 2012.


Tugas kami belum selesai lagi kerana kami perlu melakukan pembentangan tentang projek kami ini di MSC pada 9 Ogos 2012. Semoga kami berjaya melakukannya. Insya-Allah, saya akan beritahu perkembangannya kepada anda nanti.

Salam sayang daripada Wanie.




Monday, July 30, 2012

Maafkanlah Aku

Assalamualaikum.

Kita pernah melakukan kesilapan. Kita pernah sakitkan hati seseorang. Kita pernah mengkhianati amanah dan kasih sayang seseorang. Kenapa kita melakukan semua itu? Kerana kita tidak berupaya menahan nafsu kita sendiri. Siapalah diri ini hanya Tuhan yang lebih memahami. Sesungguhnya sebaik-baik manusia itu bukanlah yang tidak pernah melakukan dosa, tetapi yang segera bertaubat sebaik sahaja insaf setelah melakukan dosa. Kita kuat kerana kita ada iman dan hidayah Allah sentiasa berada dengan kita. Kita layak untuk diberi peluang kedua, ketiga malah seberapa banyak peluang yang kita perlukan untuk membuktikan bahawa kita benar-benar nekad mahu berubah. 

Kita tidak berhak menghukum orang lain, malahan diri kita sendiri. Jika kita melakukan dosa dengan-Nya, maka sesungguhnya taubat nasuha itulah yang perlu untuk kita memohon kemaafan daripada-Nya. Jika kita melakukan dosa sesama manusia, mohonlah keampunan daripada mereka. Setelah itu terserah kepada mereka sama ada hendak memaafkan kita atau tidak. Kerana kemaafan itu adalah dendam yang terindah.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku.
Oh Abah dan Umi, maafkanlah anakmu ini kerana pernah melukakan hatimu.
Wahai Sahabatku, maafkanlah temanmu ini kerana pernah mengguris hatimu.

Salam sayang daripada Wanie. 

Sunday, July 29, 2012

Inspirasi

Assalamualaikum.

Post pertama saya, saya ada beritahu anda tentang blog yang menjadi inspirasi kepada saya untuk kembali menulis. Dengan ini, saya akan senaraikan semua blog yang selalu saya kunjungi. Tak lengkap rasanya (bila saya dapat online) kalau sehari saya tak lawati blog-blog ini . Saya hanya senaraikan secara rawak sahaja tidak mengikut ranking.


2. Diana Rikasari






7. Nisa Kay 

8. Semua blog yang saya sudah follow.

Salam sayang daripada Wanie.


Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak 'update' blog ini. Mungkin kerana saya telah hilang semangat untuk menulis setelah sibuk dengan aktiviti pengajian saya. Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, saya telah kembali dengan semangat yang baru. Apa yang saya harapkan ialah anda-bloggers dapat memberikan sokongan kerana blog anda jugalah yang memberikan inspirasi kepada saya untuk kembali menulis.

Salam sayang daripada Wanie.