Friday, August 10, 2012

Fuh, leganya!

Assalamualaikum.

Maaf baru sekarang berkesempatan untuk update blog ini. Seminggu menyibukkan diri untuk menyelesaikan semua perkara penting. Sekarang dapatlah rehat sekejap sebelum menyambung tugasan selanjutnya.

Post yang sebelum ini saya ada beritahu pasal pertandingan APICTA 2012 yang dianjurkan oleh MSC. Sangkaan saya dan rakan kumpulan pada mulanya pusingan kedua ini bukanlah pusingan terakhir. Rupa-rupanya, kami tersenarai antara 7 kumpulan teratas. Tapi ada 2 kumpulan telah menarik diri dan hanya tinggal 5 kumpulan sahaja yang bertanding untuk kategori Best of Tertiary Student Project - Creative Multimedia.

Alhamdulillah pembentangan kami berjalan dengan lancar. Lega setelah semuanya selesai. Seterusnya kami hanya perlu menunggu keputusan hakim pertandingan. Keputusan akan diketahui selepas raya nanti dan mungkin kami akan hadir pada majlis penutup pertandingan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami, Dr Zurina Muda kerana tidak putus memberi dorongan dan sokongan kepada kami untuk melancarkan segala urusan kami.


Brochure design by Murni

Me with the poster design by Hani

Group members
Behind from left: Hani, Yana
Front from left: Murni, KayKay, Wanie (Me)

With our lecturer, Dr Zurina Muda

Me in front of MSC entrance

Insya-Allah, saya akan beritahu keputusannya kepada anda nanti. Doakan semoga kami berjaya. Terima kasih.

Salam sayang daripada Wanie.